Thursday, 29 March 2012

Zaiton

Zaitun adalah pohon berkah yang dijanjikan Allah swt. Dalam firman-Nya: “Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai.” (QS At-Tin [95] 1-2)
 


Ibnu Abbas berkata, pada zaitun terdapat manfaat-manfaat; minyaknya dapat menyala, menjadi lauk pauk, kuah, lemak, dan bahan penyamak, bahan bakar dengan kayu dan buihnya. Dan tiada sesuatu dari bagian zaitun, melainkan bermanfaat, bahkan abunya dapat digunakan mencuci luka-luka dan tumor.
Dalam riwayat Umar bin Khatab, Rasulullah bersabda, “Konsumsilah minyak (minyak zaitun dan jadikanlah pelumas (minyak rambut,bahan gosok), karena minyak itu dari pohon yang penuh berkah. ”Mengapa demikian? Karena pohon zaitun telah didoakan oleh 70 Nabi akan keberkahannya. Diantaranya Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad saw.

Saturday, 24 March 2012

KAPSUL CURCUMIN


 KAPSUL CURCUMIN

Kod: ZH35
Harga Pengguna: RM 24.00 (SM) ; RM26.00 (SS)
Harga Pengedar: RM 20.00 ; RM22.00 (SS)
Nilai Mata: 10

Merupakan produk herba tradisional yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci organ rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan organ rahim sekaligus membantu masalah peradangan, keputihan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan. Di samping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian adalah untuk membantu perawatan :
  • gangguan di organ hati
  • demam kuning
  • senggugut
  • kencing berdarah
  • buasir
  • paras kolesterol tidak stabil
Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan dos produk yang efektif adalah seperti berikut:
  • berat badan < 50 kg : 2 biji, 3x sehari
  • berat badan 50 kg – 90 kg : 3 biji, 3x sehari
  • berat badan > 50 kg / kegunaan terapi : 5 biji, 3x sehari
InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi belum ramai yang mengetahui dan beramal dengannya.

Kelebihan Curcumin

Masalah di hati akan kelihatan di mata. Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning. Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi. Mata menjadi kuning memberikan petanda awal bahawa perlunya mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk melindungi organ hati dari mengalami kerosakan akibat dari toksid yang masuk ke dalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu. Kunyit juga mengandungi bahan aktif yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

Oleh : Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad
___

Nota tambahan

Kunyit merupakan tanaman tahunan herba rizom daripada keluarga halia, zingiberaceae. Herba ini berasal dari Asia Selatan yang beriklim tropika dan memerlukan suhu antara 20 ° C dan 30 ° C, dengan cukup taburan hujan untuk tumbesarannya. Tumbuhan ini telah digunakan oleh masyarakat dunia sejak lebih 4000 tahun yang lalu.

Pada mulanya, kunyit hanya digunakan sebagai bahan pewarna, namun selepas itu, ia mula mendapat tempat apabila khasiatnya untuk kesihatan manusia mula dikesan. Terkenal dengan kandungan antiradang yang terdapat di dalamnya, penyelidikan saintifik juga telah mendedahkan bahawa kunyit mampu merawat pelbagai masalah kesihatan daripada kanser sehinggalah penyakit alzheimer.

Pada abad pertengahan di Eropah, kunyit dikenali sebagai saffron India, kerana ia digunakan secara meluas sebagai alternatif untuk herba saffron jauh harganya lebih mahal. Erode, sebuah bandar di negara bahagian India selatan Tamil Nadu, merupakan pengeluar terbesar kunyit di dunia dan juga merupakan pusat perdagangan kunyit di Asia. Erode juga dikenali sebagai “Kota Kuning” atau “Kota Kunyit”. Sangli, sebuah bandar di bahagian selatan negara bahagian barat Maharashtra India, merupakan bandar yang kedua terbesar dan pusat perdagangan yang paling penting untuk kunyit di Asia.



Kunyit tumbuh liar di hutan-hutan di Asia Tenggara. Ia telah menjadi bahan masakan utama dalam kebanyakan masakan India, Parsi, Thailand dan juga hidangan Melayu, tidak hanya digunakan dalam masakan kari, tetapi juga dalam masak lemak, rendang dan banyak lagi. Di Indonesia, daun kunyit digunakan untuk masakan Minang atau Padang. Juga digunakan dalam masakan Sumatera yang lain seperti rendang, sate padang dan lain-lain lagi.

Kunyit banyak digunakan sebagai perencah di Asia Selatan dan Timur Tengah memasak. Banyak hidangan Parsi menggunakan kunyit untuk mewarnakan dasar nasi, serta sebagai bahan penting untuk hampir semua hidangan goreng Iran (yang biasanya terdiri daripada minyak, bawang dan kunyit diikuti oleh bahan lain yang akan dibekalkan). Di Nepal, kunyit ditanam secara meluas dan banyak digunakan dalam hidangan sayur-sayuran dan daging di negara. Di Afrika Selatan, kunyit digunakan secara tradisional untuk memberikan nasi putih direbus warna emas.



Walaupun kebanyakan penggunaan kunyit adalah dalam bentuk serbuk akar, daun kunyit juga digunakan untuk membungkus dan memasak makanan. Daun yang digunakan adalah yang baru dipetik kerana ia akan mengeluarkan bau dan rasa yang harum dan menyelerakan. Selain itu, kunyit juga digunakan dalam bentuk segar seperti halia.

Pokok kunyit mudah tumbuh dan sentiasa dijadikan pilihan sebagai bahan penyedap makanan. Pokok kunyit mudah ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Filipina. Ia tumbuh di tempat terbuka dan redup. Ia boleh mencapai ketinggian antara 50 hingga 70 sentimeter.

Batang kunyit tumbuh dalam bentuk pelepah-pelepah dari bawah ke atas sebagai daun. Ia tumbuh bercabang dalam satu anak pokok. Kebiasaannya ia boleh ditemui dalam satu tunas yang terdapat 5 hingga 10 helai daun. Batangnya lembut dan mudah dipetik. Batangnya yang seakan akar dipanggil rizom, ditumbuhi akar serta tunas, dan mudah dikenali dengan warna kuning atau jingga. Batang berakar inilah yang mempunyai khasiat yang banyak.



Bunga kunyit pula berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bsersalin). Daun kunyit berbentuk lebar, tunggal, bertangkai panjang dan runcing di hujung. Tepi daunnya rata dan warna hijau cair.

Rizom dan akar berubinya digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya ia dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatan paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak dahulu lagi.

Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksidan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan, antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, anti ketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.



Agen antibakteria

Dalam amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.

Di beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat popular sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya sebagai agen anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya. Di Afghanistan dan barat laut Pakistan, kunyit diletakkan di atas sepotong kain yang dibakar, dan diletakkan di atas luka untuk membersihkan dan merangsang pemulihan. Di India, selain perubatan Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik seperti krim kulit dan dieksport ke negara jiran.

Kurangkan darah beku

Kunyit atau lebih dikenali dengan nama turmeric (Inggeris) ini dikatakan mempunyai khasiat ubatan tersendiri. Kunyit dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis (sakit sendi) dan asma (lelah), masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), masalah hati dan pepundi hempedu.

Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindungi hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Selain itu, kunyit turut mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli yang melindungi salutan perut daripada asid berlebihan dan pembentukan ulser. Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lalu memperbaiki peredaran darah dan membantu melindungi daripada arteriosklerosis.

Kecutkan rahim selepas bersalin

Dalam perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang pengaliran san menguraikan pembekuan darah dan lebam. Kunyit juga digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan. Perubatan Thai menggunakan kunyit untuk membuang bisa ular tedung. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan kunyit, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

kredit kepada: http://laman-seri.blogspot.com
nota lanjutan: http://en.wikipedia.org/wiki/Turmeric
___
WALLAHU AQLAM

Tuesday, 20 March 2012

Ayam Organik HPA


Ayam Organik HPA dikeluarkan oleh HPA FARM, diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan di dalamnya. Tambahan herba-herba terpilih dicampur dalam makanan ayam bagi menghasilkan ayam yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Herba-herba tersebut adalah seperti daun mambu, habbatus sauda’, bawang putih, halia, kunyit dan pandan.. Pemakanan ayam yang dirumus khas mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu tumbesaran yang maksimum. Makanan ayam tersebut dirumus dari jagung dan protein ikan. Ayam ini disembelih dan diproses mengikut sistem GMP. Kebersihan ayam yang diproses sangat dititikberatkan. Proses sembelihan mengikut syarak adalah diamalkan bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umat Islam. Tetapi apa yang penting sekali adalah ayam organik HPA tidak disuntik dengan hormon atau apa-apa ubatan untuk menggalakkan pembesarannya.

Kelebihan Ayam Organik HPA

1. AYAM ORGANIK HPA MEMPUNYAI KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI.

2. AYAM ORGANIK HPA DIBERI MAKAN DAUN MAMBU YANG BAIK UNTUK KESIHATAN.

3. MAKANAN AYAM ORGANIK INI TERDIRI DARIPADA EKSTRAK HERBA YANG KAYA DENGAN BAHAN ANTIKANSER DAN ANTIOKSIDA SEPERTI HALIA, KUNYIT,PANDAN.

4. TANPA PENGGUNAAN ANTIBIOTIK, TIDAK MENGGUNAKAN HORMON, BETA ANGONIST DAN SALBUTAMOL.

5. AYAM ORGANIK INI JUGA TIDAK DISUNTIK APA-APA HORMON, VAKSIN ATAU ANTIBIOTIK.

6. DISEMBELIH MENGIKUT SYARAK YANG SENTIASA DIPANTAU OLEH PANEL SYARIAH HPA. 

Thursday, 8 March 2012

Jauhi "Sistem Piramid"


Organisasi MLM memang piramid. Tetapi sistem MLM berbeza dengan sistem piramid. Sistem MLM dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat yang menjalankan sistem MLM mendapat lesen AJL jika memenuhi peraturan Akta Jualan Langsung. HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 376131 juga mendapat lesen AJL No. 93745. yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah dikalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama.

Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:

1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.

2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.

3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.

4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.

5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal

6. Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.

Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.

Rujukan dari blog Soaljawab Agama: http://www.ilmudanulamak.blogspot.com kendalian Us. Ahmad Adnan Fadzil Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd.

Monday, 5 March 2012

TANYA REKTOR PERUBATAN JAWI

TANYA REKTOR PERUBATAN JAWI SENERGI HERBA DAN PELBAGAI SOALAN MENGENAI PENYAKIT-PENYAKIT YANG DIHADAPI ANDA ATAU PESAKIT.

Sunday, 4 March 2012

Kebaikan Cuka Nipah


Pelbagai jenis makanan dan rawatan yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, untuk kebaikan umatnya.Antaranya berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus
Mencegah obesiti
Penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
Mencegah masalah asid berlebihan
Masalah gout
Buasir
Masalah usus
Sembelit
Membuang toksik
Menstabilkan kepanasan badan
Migrain
Penjagaan kulit.
CARA MENGAMAL
Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 – 30 ml.
Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC – Direction of cure) seperti keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening. Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien.
Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).
untuk si pen-kencing manis
Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.
Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!
Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)
Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu/senduk (ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral, (1 :3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1.
Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Produk HERBA Nusantara


Semua herba di bawah sebaiknya di senergi dengan set colon cleansing. barulah insyallah berkesan. dan meminumnya dengan air alkali HPA serta Kopi Radix. Kapsul Pelawas dan Tuju Angin minumlah dibuka kapsulnya. Dimasukkan ke dalam air Kopi @  Air Alkali HPA (kebaikan air alkali)

226 ZH01 COSCINIUM PLUS

227 ZH02 PARAMARIA PLUS

228 ZH03 HERBA TUJU ANGIN

229 ZH04 RADIX

230 ZH05 VITEX

231 ZH06 PLANTISOL

232 ZH07 HERBA KEPUTIHAN

233 ZH08 ARDISIA

234 ZH09 FICUS

235 ZH10 MORIN-A

236 ZH11 MALAC

237 ZH12 PELAWAS

238 ZH13 HERBA SENGGUGUT

239 ZH14 MEGA-3

240 ZH16 STOMA K

241 ZH17 SHARK CARTILAGE

242 ZH18 HB

243 ZH19 ROSELLE - Kapsul

244 ZH21 MENGKUDU

245 ZH22 OMEGA-3- Softgel

246 ZH23 SPIRULINA

247 ZH24 VCO SOFTGEL ( 60 biji )

248 ZH25 OLIVE OIL SOFTGEL

249 ZH26 HABBATUS SAUDA SOFTGEL

250 ZH27 OMEGA-3- Softgel ( 60 biji )

251 ZH28 PORTULACA ( Kapsul )

252 ZH29 HPA EVENING PRIMROSE OIL ( 60 biji )

253 ZH30 HPA GRAPE SEED OIL ( 60 biji )

254 ZH31 FLAX SEED OIL ( 60 biji )

255 ZH32 KAPSUL IMT

256 ZH33 KAPSUL HERBA JAWI

257 ZH34 KAPSUL D CAMPUCA

258 ZH35 KAPSUL CURCUMIN

259 ZH36 GARLIC OIL SOFTGEL

260 ZH37 VITAMIN E ALAMI SOFTGEL

216 SH06 PENCUCI LANTAI ORGANIK MERBAU ( 600ml )

217 SH07 PENCUCI TANDAS ORGANIK ANGSANA ( 600ml )

218 SH08 PENCUCI PINGGAN ORGANIK WIDURI (600 ml)

219 SH09 PENGHINDAR SERANGGA JASMIN ( 500ml )

220 XH01 TEH HERBA / TEH HERBA INSTANT

221 XH02 TEH ASIATICA

222 XH03 TEH TROPIKA

223 XH04 TEH INSTANT

224 XH05 TEH MANJAKANI

225 XH06 MINUMAN SERAI ( 35 UNCANG )

Produk Herba Nusantara Keluaran HPA


Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA
1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4) Menggunakan 100% herba.
5) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6) Tidak mengandungi Steroid.
7) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8 ) Melepasi ujian had Mikrob.
9) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.
Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk
1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.
2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan
2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).
2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ‘slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius.
** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.

Saturday, 3 March 2012

Kebaikkan Air ALKALI

Air ALKALI dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Namun, korang tahu tak bahawa banyak manfaat yang diperolehi daripada Air ALKALI (alkaline water), selain nikmatnya kesegaran. Ramai orang yang tidak mengetahui khasiat air alkali selain untuk menghilangkan dahaga saja. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Berikut merupakan 10 manfaat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan sumber air minuman seharian kita.
1. Memperlancar Sistem Pencernaan
Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.
2. Air Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal/masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.
3. Perawatan Kecantikan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.
4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, England , jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.
Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.
5. Menyihatkan Jantung
HeartWaterDrop 10 Kebaikan Air Alkali Untuk Badan
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan kulit, penyakit saluran papas, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan saat ini cukup banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong.
6. Sebagai Ubat Stroke
Air alkali tak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.
7. Efek Relaksasi
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.
Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Konon, shower juga menghasilkan ion negatif.
8. Menguruskan Badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali saja.
9. Tubuh Lebih Bugar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
10. Penyeimbang tubuh
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.
Air juga dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan peluh. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah najis yang dikeluarkan oleh orang sihat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % berat najis pejal atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.
Sedangkan, air yang terbuang melalui peluh dan saluran nafas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.
Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe menyarankan agar minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan rasa haus kita. Sebabnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22 %! Maksudnya, jika kita kehilangan 7% air, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.
Semakin banyak aktiviti harian, maka sudah tentu lebih banyak pula air yang keluar dari tubuh kita. Oleh itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus. Biasakan meminum air (terutama air kosong) dengan banyak, tidak kira semasa haus atau tidak kerana ianya merupakan satu tindakan yang sihat!
Jika berada di ruang berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak air kerana udara yang dingin akan menyebabkan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum air juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan




Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

3 D HPA - D’DET - D’KARM - D’DEU

kd01.gif
D’DET
D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.
D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah.
Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.
Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica
Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti sakit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57
Nilai Mata (NM): 25
Artikel Berkaitan D’Det Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai. Namun begitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.
Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 . Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.
dkarm.gif
D’KARM
Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.
D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.
D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.
Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57
Nilai Mata (NM): 25
ddue.gif
D’DEU
D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.
Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.
Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 67
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 57
Nilai Mata (NM): 25

Paramaria Plus

paramaria.jpgParamaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut
Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
Dos :
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 10
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Produk Paramaria Plus Tulisan Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Senggugut

Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3
InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes seperti fibriod yang menjadi semakin kecil. Biiznillah.

Friday, 2 March 2012

Kapsul Sireh Plus

Kapsul Sireh Plus ialah herba yang banyak kegunaannya dalam rawatan. Ia sangat efektif kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan tekanan darah dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara.
Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui SLM dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran MLM. Dos yang perlu diambil ialah 2×3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu.
60 biji kapsul per botol
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM20
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 10