Sunday, 4 March 2012
Kebaikan Cuka Nipah
Pelbagai jenis makanan dan rawatan yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, untuk kebaikan umatnya.Antaranya berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus
Mencegah obesiti
Penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
Mencegah masalah asid berlebihan
Masalah gout
Buasir
Masalah usus
Sembelit
Membuang toksik
Menstabilkan kepanasan badan
Migrain
Penjagaan kulit.
CARA MENGAMAL
Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 – 30 ml.
Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC – Direction of cure) seperti keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening. Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien.
Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).
untuk si pen-kencing manis
Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.
Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!
Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)
Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu/senduk (ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral, (1 :3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1.
Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment