Perubatan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Dalam banyak hadis, terutamanya dalam kitab SOhih Bukhari dan Sohih Muslim, menaqalkan hadis-hadis sohih tentang mukjizat dan kehebatan bekam.
Hadis-hadis ini diperkuatkan antara satu sama lain tentang kebaikan bekam dan pengamalan bekam sepanjang hidup Nabi SAW.
Amat rugi sekiranya ummat Islam melekakan diri dari menghidupkan semula sunnah yang semakin dilupakan ini.
PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!
Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
No comments:
Post a Comment