Thursday, 28 June 2012

Produk Baru HPA

1. BAUNKEM - BAik UNtuk KEncing Manis (RM130)
2. Pati Minyak Zaitun dari bumi Syria (RM36. 250ml)
3. Madu Sidir dari Pergunungan Yaman. (RM135. 350ml)
4. Madu Tualang dari Pergunungan Himalaya (RM30. 500ml)

Pati Minyak Zaitun dari bumi Syria (RM36. 250ml) 


Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN HPA
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
Isipadu: 700ml
Harga:
Semenanjung RM 40
Sabah & Sarawak RM 45
NM: 8
CARA PENGAMBILAN:
1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.



Madu Sidir dari Pergunungan Yaman. (RM135. 350ml)

Madu Sidir adalah madu yang berasal dari pohon Sidir.  Pohon Sidir berasalal dari Yaman sangat baik untuk masalah Jiwa.  Ia juga dikenali sebagai Pohon Syurga. 


Antara Khasiat Madu Sidir

  •  Membunuh Bakteria MSSA (Methicillin Sensitive Staphylococcus Aureus) mencapai 63%.
  • Membunuh Bakteria MRSA ( Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus) mencapai 73%
  • Membunuh pelbagai bakteria jahat.
  • Membunuh virus - virus.
  • Masalah Jiwa
  • Penyakit hati
  • Ulser perut
  • Sembelit
  • Penyakit mata
  • Mempercepatkan kesembuhan luka selepas melahirkan anak.
  • Afrodisiak (Masalah kesuburan dan memperbaiki organ reproduksi)
  • Tinggi Antioksia ( Anti Penuaan)
  • Kerungsingan
  • Memberikan tindakan ceria/gembira selepas pengambilan.
  • Meroyan Bagi Wanita
  • Halusinasi (meracau dan sebagainya)
MADU

Keistimewaan Madu Lebah:
1- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K

Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit

Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".

Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".
AnitaSabrina posted at 28-5-2009 16:33
I give Manuka Honey to my sons bila dia orang batuk.  Alhamdullillah cepat lega batuk dia orang ni.  My sons ada asthma.  Kalau tak control batuk nanti melarat sampai tak boleh nak bernafas.

For myself, I tak makan madu sebab masa pregnant second son I ada gestational diabetes.  So, I avoid benda-benda manis.   

For my sons pun just when dia orang tak sihat.  Kalau okay tak payahlah nak makan madu everyday.  Manis sangat might cause other problems.
Uranus posted at 28-5-2009 16:36
saya juga sudah lama mengamalkan makan/minum madu lebah ni....antara cara yg saya buat :
1.campu sesudu madu dengan air sejuk/suam,kacau larut .sebelum minum baca Bismillah....dan selawat Nabi.sebaiknya sebelum sarapan
2.terus ambik sesudu madu terus kedalam mulut [ sebelum tu baca Bismillah dan selawat ] ,pastu minum sedikit air sejuk...

saya juga kerap buat begini pada anak2 [tapi jumlah madu tu sikit...sudu kecil ] Insya Allah susah nak kena demam dan selsema...


soal madu asli dan tiruan pula ....dari apa yg saya tahu terdapat beberapa jenis lebah yg ada,maka madunya juga berbeza..
kalau lebah hutan pokok Tualang tu madunya kehitam hitaman...kalau lebah Kelulut madunya agak jernih...kalaupon ada yg mencampurkan bahan lain kedalam madu dengan tujuan nak bg banyak,maka penjual tu memang dah buat kerja tak baik

Tips terbaik jangan simpan madu dalam peti sejuk,sebaiknya simpan kemas dalam almari dibawah suhu bilik - bawah 27Celcius

Thursday, 14 June 2012

Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan

Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh.

Wednesday, 13 June 2012

Bagaimana pemakanan mereka menurut sunnah Nabi SAW.

UNTUK RENUNGAN - SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak ? Perhatikan bagaimana pemakanan mereka menurut sunnah Nabi SAW.

by KELUARGA MUSLIM BAHAGIA on Sunday, 29 August 2010 at 13:58

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Penulis : Dr. Stephen Carr Leon Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

8 Makanan Sunnah

8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan: KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’. KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001). Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak. BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA)Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan. Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu. BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan. Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.” Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan. Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis

Penyakit ini merupakan penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya. Selain daripada ubatan herba seperti plantisol, teh herba, habbatul sauda, Vitex, teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan, penyakit kencing manis ini sangat tergantung kepada 2a faktor iaitu:-

1. Pemakanan
2. Rehat

a. Elakan daripada pengambilan nasi putih, gula putih, roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dan lain-lain. Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin (pemanis buatan) yang tinggi.

b. Orang yang ada kencing manis memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.

c. Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun. Orang yang belum ada penyakit kencing manis juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.

d. Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit kencing manis tidak boleh mengambil sama sekali minuman berkarbonat. Herba perlu terus diamalkan dengan istiqamah di samping pantangnya yang perlu dipatuhi.

Saturday, 9 June 2012

Perubatan JAWI


Sejarah Perubatan JAWI
Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.
Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.
Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.
Pengertian Perubatan JAWI
Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.
Perkataan JAWI merujuk kepada:
J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.
A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.
W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.
I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
hpa-hq-perlis-2.JPGkladang-hpa.JPG
Sumber Perubatan JAWI
Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W:
“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)
Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah
Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.
DOA –> ILMU –> TAWAKAL
Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).
Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.
Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu:
1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.
Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Friday, 8 June 2012

Al-Qur’an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Renungan
Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [Surah Al-Ahzab;34]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Imran; 31]
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [Surah Al-Imran; 32]
Al-Qur’an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat
Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

RFC KUALA TERENGGANU

RFC KUALA TERENGGANU BEROPERASI 2 DISEMBER 2010:



RFC KUALA TERENGGANU
LOT 4232(G/F) WISMA CHU KEE
OFF JLN SULTAN ISMAIL/JLN TOK LAM
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
TEL: 09-6309527 FAKS: 09-6409528
(Belakang Stadium Kuala Terengganu)

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Thursday, 7 June 2012

5 TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



Assalamualaikum~

5 TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

 1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

 2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia seperti pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

 4. Pengambilan coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana ia mampu merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Oleh: أبو حنان القدحي

Sinergi Produk Herba HPA

Bagi memudahkan para perawat memahami sinergi herba yang baik, disini disediakan satu senarai asas panduan lengkap untuk kegunaan anda.

Adalah dinasihatkan semua perawat membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, jantung, gula dalam darah, urid asid dan membuat diagnos serta merekodkan segala permasalahan pesakit sebelum memberi herba dan rawatan.

Sinergi ini hanya sebagai asas permasalahan sahaja, Sinergi yang sebaiknya adalah setelah membuat diagnosis pada pesakit dan mengambil ukur tahap permasalahan sakit yang di hadapinya ketika itu. Keseimbangan unsur tanah, air, api dan angin haruslah di ambil kira untuk menentukan sinergi herba yang sesuai.

3 bulan pertama adalah proses pembersihan. Biasanya pesakit akan mengalami DOC (direction of cure) sementara 3 bulan kedua adalah pemulihan dan 3 bulan berikutnya bermulanya kesembuhan. Biiznillah. Insyaallah.
3 D adalah sinergi yang seimbang untuk di jadikan asas perawatan dengan pengambilan dos yang rendah iaitu 1 biji D'Deu pagi,1 biji D'Karm pagi atau t/hari dan 1 biji D'Det malam selama satu tahun. (Jika tak dapat 3D, boleh digantikan SPIRULINA, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN sebagai produk asas perawatan.)

Anemia(Kurang Darah):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji sebelum sarapan, Omega 3 softgel 3 biji pagi sebelum sarapan, HB 3 biji malam lepas makan petang/malam. Biasakan penggunaan gula perang dan kayu manis.

Artherisclerosis(Kesumbatan Jantung):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Omega 3 softgel 3 biji pagi lepas sarapan, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Lohard 1 cawan tea cina pagi lepas sarapan & malam lepas makan malam.

Kesihatan Anak-Anak:

Mega 3 kapsul 3 biji pagi boleh dicampur dalam bubur nasi, spirulina 1 biji pagi lepas sarapan, EQ Minda 1 sudu plastik sebelum pergi ke sekolah.

Asam Urat(Ghout):

Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Ardisia 3 biji malam, Mengkudu 3 biji pagi selepas sarapan, minum Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan, Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Melancarkan Air Kencing:
Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang) dengan air panas biarkan sejuk buat minuman harian sampai malam kalau habis hanya tambah air panas, Malac 3 biji pagi minum dengan 1 gelas minuman Teh Herba + Madu HPA 1 sudu besar.

Asma/Resdung/Paru-Paru:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle 3 biji pagi, minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, minuman Kopi Radix setiap pagi 1 paket 1 cawan Jangan ditambah gula atau susu hanya tuang air panas.

Batuk Biasa:
Madulia 1 sudu sup plastik pagi lepas sarapan & malam, Kordial Asiatica 1 sudu sup plastik lepas sarapan pagi. Tambahan kiranya dalam 6 hari tidak reda boleh minum Minyak But-But 1 sudu pagi/t.hari/malam.

Buasir:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 1 jag(3 uncang)-minuman harian, Ficus 3 biji pagi dan malam, Coscinium 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Pelawas 3 biji malam.

Batu Karang: Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Alac herba rebusan 3 cawan teh cina pagi/t.hari/malam, Madu Asli + Malac(Buka 3 biji kapsul mendapkan) + minuman Teh Herba(1 uncang) masuk dalam botol goncang 313 kali buat 2 kali pagi dan malam.

Belum dapat zuriat (Lelaki):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Kapsul Radix 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Belum dapat zuriat ( perempuan ):

Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur,Kopi Radix pagi, Paramaria plus 3 biji malam,Herba tuju angin 3 biji malam,Omega 3 softgel 3 biji pagi,Spirulina 3 biji pagi.

Bronchitis TBC:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Serai 2 uncang 1 gelas minum pagi + Garlic Softgel 3 biji, Shark Cartilage 3 biji malam, Spirulina 3 biji malam.

Batu Hempedu:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac(3 biji buka kapsul mendapkan) + madu masuk dalam botol goncang 313 kali.

Selepas Pembedahan:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Mengkudu 3 biji malam.

Cerdas Minda:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, EQ Minda 1 sudu sup pagi dan malam, Mega 3 kapsul 3 biji pagi.

Cegukan / Sedu-Sedu:
Minyak But But dicampur air suam lalu diminum.

Congek Kuping / Sakit Telinga:
Coscinium Plus 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Cuci Darah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Malac / Alac 3 biji pagi rebusan 1 cawan teh cina + Madu pagi/ tengahari/ malam.

Cacar Air / Kudis Air:
Shark Cartilage 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi dan buka 1 biji + Bedak Delima untuk sapuan ke kudis.

Darah Rendah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Health B 3 biji malam, Malac 3 biji pagi , Omega 3 3 biji malam.

Darah Tinggi:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Omega 3 3 biji malam, Mengkudu / Vitex 3 biji pagi. Tambahan: Malac 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi, Minyak But But.

Darah Tinggi / Kencing Manis:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Rebusan Plantisol 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam atau Plantisol kapsul 3 biji pagi, Malac 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, Spirulina 3 biji pagi. Tambahan: Mengkudu 3 biji pagi.

Demam Berdarah / Denggi:
D Det 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi dan malam, Roselle/Spirulina 3-5 biji pagi.

Demam Panas:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + Madu Asli, Malac 3 biji pagi, Spirulina 3-5 biji pagi.

Diabetes Melitus:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Plantisol / Rebusan 3-5 biji malam atau Rebusan 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Malac 3 biji pagi, Spirulina/ D Det 3 biji pagi. Tambahan: Pelawas 3 biji malam + Madu Asli.

Epilepsi/Gila Babi:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 3 biji malam, Malac 3 biji pagi.

Flex Paru Anak:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi, Omega 3 3 biji malam.
# Dos ikut berat anak 1 kapsul 10kg berat.

Flex Paru Dewasa:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Morin A 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Serai 2 uncang tuang air panas 1 gelas pagi.

Gondok/Begok:
Shark Cartilage 3-5 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji malm, sapu dengan Bedak Delima/Serbuk Tanah Liat.

Gastrik:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3-5 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Spirulina 3 biji pagi.

Gigi & Gusi:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Minyak But But/ Ubat Gigi sapukan.

Ghout:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Minuman Teh Herba/ Teh Asiatica 3 uncang 1 jag minuman harian, Ardisia 3 biji pagi/ Madu Ardisia 1 sudu makan pagi dan malam, Palm Honey campur dengan 1 gelas air suam secukup rasa tidak terlampau manis atau tawar buat pagi dan malam, Malac 3 biji malam/ Rebusan Alac 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam. Tambahan: Spirulina 3 biji pagi, Mengkudu 3 biji malam.

Sakit Haid:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Paramaria Plus 3 biji malam, Herba Sengugut 3 biji malam.

Nutrisi Hamil:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi, Kopi Radix pagi, Omega 3 3 biji malam.

Hepatitis:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Curcumin 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Health B 3 biji pagi, Omega 3 3 biji malam, D Det 3 biji malam, IMT 3 biji pagi.

Insomnia:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Evergreen Centella + Madu Asli( 1 sudu sup + setitik Madu), Mengkudu 2 biji buka kapsul + Air Suam + madu Asli mendapkan, Roselle/ Spirulina 3 biji pagi.

Jantung Lemah:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, D Det 3 biji malam , Omega 3 Softgel 3 biji malam. Tambahan: HTA 3 biji pagi, Spirulina 3 biji pagi.

Jerawat:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Coscinium Plus 3 biji pagi, Roselle Kapsul 3 biji, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Bedak Jasmin.

Jantung Berlubang:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Air Gamat pagi dan malam, Curcumin 3 biji pagi.

Kaki Pecah-Pecah:
Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian, Hampas dijemur + Minyak But But disapu pada kaki yang pecah, Omega 3 Softgel 3 biji malam.

Kanser Limpa:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Otak:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Kanser Rahim:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Herba Sengugut 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kanser Payudara:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Shark Cartilage 3 biji malam, Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian. Cendawan Susu Harimau - digosok + air ditutup Claypot airnya diminum sebahagiannya di sapu pada payudara.

Keputihan:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Herba Keputihan 3 biji pagi, Paramaria 3 biji malam, Minuman Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian.

Kurus Anak Anak/Kecacingan:
Mengkudu 3 biji pagi buka kapsul + air suam + Madu Asli mendapkan minum, Spirulina 3 biji pagi, Mega 3 3 biji malam.

Lupus(SLE):
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Malac 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minuman Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Shark Cartilage 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Minyak But But lumuri badan sentiasa.

Malaria:
Minuman Teh Herba 10 uncang 1 jag sebagai minuman harian, Kapsul Radix 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Spirulina 3 biji pagi.

Masuk Angin:
Herba Tuju Angin 3 biji buka kapsul + air panas kacau dah suam minum pagi dan malam, Kapsul Radix 3 biji malam, minum Kopi Radix pagi, sapu Minyak Sahara di pusat.

Cirit Birit:
2 sudu Minyak But But diminum + Spirulina 3 biji pagi + banyak minum air mineral.

Migrain:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur, HTA 3 biji pagi dan malam, Omega 3 Softgel 3 biji malam, Minuman Teh Herba/Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian, Evergreen Centella 1 sudu sup pagi dan malam.

Nafas Berbau:
Herba Tuju Angin 3 biji pagi, Coscinium Plus 3 biji pagi buka kapsul + Madu Asli.

Ketagihan Rokok:
D'Det 3 biji malam selama 6 bulan + Kopi Radix 1 cawan 2 sachet pagi dan petang.

Obesitas/Kegemukan:
Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + Stoma K 5 biji pagi + Kopi Diet pagi tengahari petang + kurangkan makanan berminyak.

Osteoporosis/Keropos Tulang:
Radix Kapsul 3 biji malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Spirulina 3 biji pagi/HB 3 biji pagi.

Patah Tulang:
Mega 3 kapsul + Radix Kapsul 3 biji pagi dan malam + HTA 3 biji pagi dan malam + Kopi Radix 1 cawan pagi + Mengkudu.

Penyakit Hati Sirosis/Hepatitis/Demam Kuning:
Minyak Zaiton 1 tutup pagi sebelm sarapan & malam sebelum tidur, Spirulina 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Omega 3 Softgel 3 biji pagi/ tengahari/ malam, Habbatus Sawda 1 biji pagi/ tengahari/ malam, Curcumin 3 biji pagi dan malam. Tambahan: Hati Lembu sebesar 3 jari pesakit dibakar sampai betul-betul masak makan pagi/ tengahari/ malam.

Prostat Kalenjar:
Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji malam + Fisalin B 1 cawan teh cina pagi dan malam.

Pneumonia:
Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + Shark Cartilage 3 biji malam.

Radang Tenggorokan:
Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman seharian + Malac 3 biji malam+ RTD Asam Jawa.

Rahim Turun:
Paramaria Plus 3 biji malam.

Rheumatik:
Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian + HTA 3 biji pagi dan malam + Omega 3 Softgel 3 biji malam + Palm Honey bercampur air suam pagi dan malam.

Set Lengkap(L):
D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Kopi Radix, Minyak But But, Mega-3, Madu Asli.

Set Lengkap(P):
D Det, D Karm, D Deu, Evergreen Centella, Madu Asli, Paramaria Plus, Kopi Radix, Spirulina, Lady Cheer.

Sakit Gigi:
Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Seriawan/Panas Dalam:
Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian, Kordial Roselle, Minuman IMT 1 botol sehari.

Pasca/Lepas Bersalin:
Set Bersalin, Paramaria Plus 3 biji pagi dan malam, Omega 3 3 biji malam.

Sembelit:
Pelawas 3-5 biji malam + D'Karm 1 biji pagi + Mengkudu 3 biji malam + HTA(Herba Tuju Angin) 3 biji pagi dan malam.

Sinus/Resdung:
Coscinium Plus 3 biji pagi + Roselle 3 biji pagi + Teh Herba 1 uncang 1 gelas campur Madu Asli + Pelawas 3 biji malam.

Stroke:
D'Deu 1 biji pagi + Omega 3 3 biji pagi dan malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian + Alyxia 1 cawan teh cina pagi/ tengahari/ malam + HTA 3 biji pagi dan malam.

TBC:
Shark Cartilage 5 biji malam + D'Det 1 biji malam + Morin A 3 biji malam + Mengkudu 3 biji pagi + Teh Herba 5 uncang 1 jag minuman harian.

Typhus:
Spirulina 3 biji pagi + Herba Tuju Angin(HTA) 3 biji pagi dan malam.

Tyroid:
Shark Cartilage 3 biji malam + Herba Sengugut 3 biji pagi dan malam + Malac 3 biji malam + VCO 3 biji pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi.

Tonsil:
Teh Herba 3 uncang 1 jag minuman harian + RTD Asam Jawa 1 botol pagi dan malam + Roselle 3 biji pagi + Malac 3 biji malam + Coscinium 3 biji pagi + Spirulina 3 biji pagi.

Usus Buntu:
Pelawas 3 biji malam + Mengkudu/HTA 3 biji malam.

Stress:
Organik Mengkudu 3 biji malam.

Gloukoma:
Omega 3 Softgel 3 biji malam + Mengkudu 3 biji malam + Teh Asiatica 5 uncang 1 jag minuman harian.

Pendarahan/Buasir:
Kelapa Cengkir/Putik Kelapa di belah 4 dan direbus dan diminum airnya setengah gelas 3 kali sehari.

Mokus/ Lendir:
Minuman Teh Hirta/Teh Serai 1 uncang 1 gelas air suam, Garlic Softgel 3 biji pagi.

Monday, 4 June 2012

Radix Koko Papan

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 6
Kandungan: 20 paket, setiap paket 30 gram
Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.
Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.
Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.
Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.
Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.
Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini.
“Jom Gempur Radix Koko Papan Di Semua Restoran dan Kedai Makan!”