Tuesday, 3 April 2012
10 makanan elak penyakit...
1) BAYAM - utk melindungi mata kita..
Kalo u all nak tau, bayam adalah salah satu sayuran hijau yg mengandungi lutein yg tinggi dan lutein di dalam bayam juga merupakan lutein larut air gred tinggi. Lutein ni teramat2 diperlukan oleh mata kita kerana ia dapat mengurangkan risiko penurunan penglihatan mata kita. Kajian oleh National Institute of Health, AS telah membuktikan bahawa sesiapa yg mengambil lutein mencukupi, peratusan utk mereka kurang berisiko mengalami masalah penurunan penglihatan adalah 43%.
2) BROKOLI - utk mencegah kanser serviks & melindungi mata...
Brokoli yg lazat ni juga mengandungi lutein yg tinggi seperti bayam. So, bagus gak utk mata kita. Selain itu, ia juga mengandungi asam folat yg tinggi yg dapat membantu utk menghentikan virus pencetus kanser serviks seperti yg telah dibuktikan oleh University of Alabama.
3) TEMPE - utk mengusir penyakit degeneratif...
Penyakit degeneratif ni macam sakit jantung kolonari, diabetes, stroke, osteoporosis, etc. So, dgn memakan tempe, anda dapat mengurangkan risiko utk mendapat penyakit2 di atas kerana kandungan antioksida dan antibiotik di dalamnya dapat menyembuhkan infeksi. Tempe juga kaya dgn kalsium, vitamin B, zat besi, dan kalsium.
4) BAWANG PUTIH - utk melindungi prostat (bagi kaum lelaki)...
Bawang putih mengandungi senyawa kimia yg mampu menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 50%.
5) TEH HIJAU - utk melindungi payudara...
Teh hijau mengandungi polifenol yg tinggi yg dapat mencegah kanser payudara dan ini telah dibuktikan oleh Dr. Gail Sonenshein, seorang ahli biokimia dari Boston University, AS.
6) KOPI - utk merangsang otak...
Semua orang tahu bahawa kopi merupakan sumber antioksida. Selain itu, ia juga dapat menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60%. Tapi ingat!!! Janganlah minum bercawan2 kopi setiap hari sebab ia juga mengandungi kandungan kafein yg tinggi. Kafein yg diambil berlebihan lak boleh meningkatkan risiko keguguran dan serangan sakit jantung. Cukuplah sekadar minum sekali-sekala ye.
7) DAGING MERAH - utk menyuburkan rambut...
Ha, mesti dah takut dah dengar daging kan? Takut gemuk ea? Tapi sebenarnya penting gak makan daging merah tau. Sebab ia mengandungi zat besi yg boleh merangsang pertumbuhan rambut kita. Daging juga kaya dgn zink yg membantu mengurangkan keguguran rambut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment