Tuesday, 3 April 2012
Cara Cara Mengenal Sahabat
Cara Cara Mengenal Sahabat
Wasiat 'Alqamah kepada puteranya dan dia berkata : "Hai anaku, jika engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat sifat ini :
Jika engkau melayaninya dia suka melindungimu, jika engkau bersahabat denganya, dia merupakan hiasan bagi dirimu, dan jika engkau dalam kekurangan, dia gemar pula mencukupinya.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi bantuan, lalu dia suka menerima dengan rasa terharu, jika dia melihat keistimewaan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung hitung dan dianggapnya sangat berguna. Sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu lalu dia suka menutupinya
Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi, jika engkau diam dia mula menyapamu dahulu dan jika engkau ada sesuatu kesukaran serta kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu untuk meringankan dan menghiburkan dirimu.
Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau berkata kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya sahaja, jika engkau mengusahakan satu soalan yang berat, dia suka berkawan denganmu serta berusaha menolongmu, sedang jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk k e p e n t i n g a n m u.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment