Tuesday 3 April 2012

Spirulina

Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Keduanya serta juga spesis Arthrospira yang lain pernah diklasifikasikan dalam genus Spirulina. Kini, terdapat persetujuan bahawa mereka adalah dari jenis genus berbeza, dan spesis makanan yang tergolong dalam kumpulan Arthrospira; walau bagaimanapun, istilah Spirulina yang lama masih lagi sering digunapakai. Spirulina dituai dari serata dunia, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan serta sebagai makanan lengkap dan boleh d dapati dalam bentuk tablet, kepingan, serbuk dan juga cecair.


Merupakan sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai sumber pemakanan kesihatan dan perawatan di semua peringkat umur. 

Sumber anti toksik yang tinggi sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat hari ini yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap ke dalam tubuh badan yang amat sesuai setiap peringkat umur.

Kelebihan spirulina adalah seperti berikut :
  1. Bertindak sebagai anti virus
  2. Menurunkan kadar kolesterol.
  3. Menaikkan imunisasi badan.
  4. Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
  5. Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
  6. Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
  7. Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
  8. Mengatasi kelemahan tubuh badan.
  9. Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Keistimewaan Spirulina HPA:
Ia berbentuk kapsul yang mudah ditelan dan kurang bau, sesuai bagi yang tidak menyenangi bau asli spirulina. Bagi kanak-kanak, kapsulnya boleh dibuka dan dicampur dengan makanan atau minuman mereka.
No. pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20000887T

No comments:

Post a Comment